• 9 juta iPhone 5S dan iPhone 5C dijual pada minggu pertama


    24 September 2013 - Pada hujung minggu lalu, Apple telah pun memulakan jualan iPhone 5S dan iPhone 5C di beberapa buah negara termasuk Amerika Syarikat, Jepun, China, Eropah Barat, Australia dan Kanada. Menariknya, berdasarkan laporan yang oleh Apple, mereka berjaya menjual sebanyak 9 juta unit iPhone 5S dan iPhone 5C. Menurut Tim Cook, CEO Apple, ini merupakan rekod baru untuk penjualan minggu pertama iPhone. Kebanyakkan Apple Store sudah pun kehabisan stok iPhone 5S sebaik sahaja ia mula dijual.



    Laporan yang diambil daripada Localytics pula menunjukkan kebanyakkan pengguna lebih gemar untuk memiliki iPhone 5S yang mempunyai spesifikasi lebih tinggi berbanding iPhone 5C yang didatangkan dengan pelbagai warna. Perbezaan bilangan jualan iPhone berkenaan adalah begitu ketara dengan nisbah 3.5 memihak kepada iPhone 5S. Amerika Syarikat pula mendahului negara yang mempunyai pembelian iPhone 5S dan iPhone 5C tertinggi berbanding negara-negara lain. Singapura juga merupakan salah sebuah negara pertama yang menerima iPhone berkenaan manakala pengguna di Malaysia masih tertanya-tanya bilakah telefon daripada Apple ini akan tiba di Malaysia. Mungkinkah ia akan tiba selewat bulan Disember ini?

    Sumber gambar : IBN Live

    Lazada kini menjual iPhone 5C pada harga RM2,199
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain