• Adakah ini gambar Nexus 5 yang belum diumumkan?


    4 September 2013 - Sedang kita memberi perhatian kepada Android KitKat, terdapat satu lagi berita yang menarik yang telah mula tersebar di Internet. Sebuah gambar yang menunjukkan muka belakang telefon terbaru Google iaitu Nexus 5 telah dikongsikan bersama pengguna Internet. Gambar ini sebenarnya telah diambil ketika majlis pengumuman Android KitKat secara rasmi.


    Pada gambar berkenaan, jelas kelihatan seorang pekerja Google sedang memegang sebuah telefon Nexus yang bersaiz 5 inci dan memiliki sebuah lensa kamera yang agak besar. Terdapat juga logo LG pada bahagian telefon berkenaan yang memungkinkan ia adalah Nexus 5 yang digembar-gemburkan. Nexus 5 dijangka bakal diperkenalkan pada suku keempat tahun ini.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain