• Adakah Samsung Galaxy Note 3 dan Galaxy Gear akan berjaya di pasaran?


    6 September 2013 - Semalam, Samsung telah melancarkan dua produk terbaru iaitu Samsung Galaxy Note 3 serta sebuah jam tangan pintar yang diberi nama Galaxy Gear. Kemunculan kedua-dua produk ini sememangnya sudah dijangka oleh kebanyakkan penggemear gajet di seluruh dunia. Persoalannya adakah kedua-dua produk ini mampu memastikan Samsung terus berada di tangga teratas pengeluar telefon pintar di dunia?


    Samsung Galaxy Note 3 merupakan sebuah telefon pintar + tablet (phablet) yang mempunyai skrin sebesar 5.7 inci dengan paparan definisi tinggi 1080p. Ia lebih ringan dan nipis daripada Galaxy Note yang terdahulu di samping didatangkan dalam dua versi iaitu 3G dan juga LTE. 

    Lensa kameranya juga telah ditambah baik dengan penambahan kepada 13 megapiksel pada bahagian belakang dan 2 megapiksel di bahagian belakang. Terdapat banyak jenis sambungan yang didatangkan bersama phablet ini termasuk sokongan infrared, Bluetooth 4.0, NFC, dan WiFi. Kapisiti baterinya juga dihebatkan dengan 3,200 mAh. 


    Bagi Samsung Galaxy Gear pula, ia merupakan sebuah jam tangan pintar seumpama Sony Smartwatch dengan skrin 1.63 inci dengan resolusi 320 x 320. Menariknya jam ini mempunyai sebuah kamera 1.9 megapiksel dengan sensor BSI dan lensa auto fokus. Ia dijanakan dengan cip pemprosesan 800 MHz beserta bateri 315 mAh yang mampu bertahan untuk penggunaan seharian. 


    Galaxy Gear boleh digunakan sebagai pemberi notifikasi buat pengguna kerana ia boleh disambungkan kepada telefon pintar Android. Terdapat juga mikrofon dan pembesar suara pada jam ini bagi membolehkan pengguna menjawab panggilan dengan mudah. Selain itu, Galaxy Gear mempunyai pelbagai aplikasi yang boleh digunakan termasuk untuk tujuan kesihatan, pergerakan fizikal (myFitnessPal), pengambilan nota audio (Evernote), dan pembelian dalam talian (eBay).  

    Ramai peminat Samsung nampaknya lebih teruja kepada Samsung Galaxy Gear berbanding Galaxy Note 3 kerana ia kelihatan lebih baru dan tampak canggih daripada produk Samsung sebelum ini. Malah kami juga mempertikaikan sama ada perlukah pengguna Galaxy Note 2 beralih kepada Galaxy Note 3 pada ketika ini. Apa yang menjadikan Galaxy Note 3 tampak berlainan daripada peranti sebelumnya adalah ia memiliki rupa luaran yang diperbuat daripada kulit. Penggunanya seolah-olah akan merasakan seperti menggunakan sebuah diari.

    Berdasarkan maklumat daripada Amanz, Galaxy Note 3 dan Galaxy Gear bakal tiba di Malaysia seawal 25 September ini. Ini menjadikan Malaysia merupakan salah satu negara terawal menerima peranti-peranti berkenaan. Tiada sebarang informasi berkenaan harga jualannya di Malaysia buat masa ini.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain