• Android 4.4 KitKat pengganti kepada Jellybean


    4 September 2013 - Sekiranya anda menantikan kedatangan Android Key Lime Pie, bermakna penantiaan anda tidak akan menjadi kenyataan kerana Google baru sahaja mengumumkan nama baru untuk kemaskini Android 4.4 iaitu KitKat. Berita ini sememangnya tidak dijangka oleh ramai pihak sebelum ini. Google telah pun bekerjasama bersama Nestle untuk berkongsi penjenamaan. Sudah pasti kerjasama ini bakal menguntungkan kedua-dua belah pihak kerana nama KitKat sememangnya sudah sinonim di kalangan para pengguna.


    Nestle juga bakal menghasilkan 50 juta KitKat versi Android yang akan dipasarkan ke seluruh dunia. Malah setiap pembelian KitKat versi khas bakal berpeluang untuk memenangi sebuah tablet Nexus 7 ataupun kredit Google Play Store. 


    Google buat masa ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkenaan reka bentuk dan ciri yang terdapat pada Android 4.4 KitKat ini. Walau bagaimapun, ramai menjangkakan kemaskini terbaru ini bakal boleh diguna pakai pada banyak produk termasuk jam tangan, televisyen dan juga telefon pintar.



  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain