• Asus PadFone Infinity (A80) dijual pada harga RM2,699

    26 September 2013 - Asus akhirnya telah mula memasarkan Asus PadFone Infinity (A80) di Malaysia di mana ia merupakan generasi ketiga di dalam keluarga PadFone. Peranti inovasi tablet dan telefon pintar berkenaan mempunyai sokongan sambungan LTE di samping memudahkan pengguna untuk memiliki sebuah pelan data sahaja untuk tablet dan telefon pintar.

    Asus PadFone Infinity mempunyai luaran metalik dengan paparan definisi tinggi penuh pada skrin 5 inci. Apabila peranti berkenaan digabungkan kepada PadFone Infinity Station, ia berubah menjadi sebuah tablet berukuran 10.1 inci. Peranti ini menggunakan Android Jellybean 4.1.2 dan dijanakan dengan cip pemprosesan empat teras Qualcomm Snapdragon 600. Menariknya ia memiliki bateri yang mampu bertahan lebih lama. Asus mengatakan ia boleh bertahan selama 19 jam melalui masa berbual 3G. Sensor kamera pada PadFone terbaru ini juga tidak boleh diperlekehkan kerana ia menggunakan 13 megapiksel dengan aperture f/2.0.

    Asus PadFone Infinity (A80) sudah berada di pasaran Malaysia pada harga RM2,699, suatu harga yang berpatutan kerana pengguna boleh memiliki sebuah tablet dan telefon pintar pada satu harga.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain