• BBM kini boleh dimuat turun oleh pengguna iPhone

    22 September 2013 - Sistem permesejan yang popular daripada RIM iaitu BlackBerry Messenger (BBM) kini sudah boleh dimuat turun secara percuma oleh semua pengguna iPhone di Malaysia. Kehadiran BBM ke dalam iOS sememangnya amat dinanti-nantikan semua terutama buat mereka yang pernah dan masih bergantung kepada BBM. Sayang sekali pengguna Android masih belum boleh memuat turun aplikasi BBM buat masa ini.

    BBM pada iPhone didatangkan dengan beberapa ciri utama seperti Instant Chat, Group Chat, dan Broadcast. BBM buat masa ini hanya membenarkan pengguna untuk berkongsi teks, nota suara, gambar dan pautan kepada rakan-rakan yang lain. Penggunaan PIN/QR juga telah diimplementasikan bersama bagi memudahkan perkongsian hubungan. Kelak, BBM versi iPhone bakal menyokong BBm Channels, BBM Voice serta BBM Video.

    Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat, terdapat sedikit masalah untuk mendaftar akaun BBM baru buat masa sekarang. Ini berkemungkinan terjadi kerana ramai pengguna di seluruh dunia telah cuba mendaftar akaun baru pada masa yang sama dan membuatkan pelayan BBM sesak seketika. Aplikasi BBM ini juga tidak dioptimasikan secara sepenuhnya dengan iOS 7.0.

    Muat turun BlackBerry versi iPhone.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain