• Celcom kini membenarkan pembelian telefon pintar tanpa kontrak


    28 September 2013 - Celcom telah bekerjasama dengan Courts (M) Sdn. Bhd. bagi membolehkan pengguna membeli telefon pintar yang diingini dengan bayaran ansuran bulanan melalui Courts FlexiCredit. Pengguna kini boleh hadir ke cawangan Celcom terpilih untuk mendapatkan telefon pintar yang diingini tanpa terikat pada sebarang kontrak bersama Celcom. Terdapat pelbagai pilihan telefon pintar terkini yang ditawarkan seperti Samsung Galaxy Note 3, Samsung Galaxy S4 (LTE), Sony Xperia Z, Nokia Lumia 920 dan banyak lagi.

    Bayaran ansuran boleh dibuat selama 36, 48 mahupun 60 bulan. Sama seperti yang ditawarkan oleh mana-mana Courts sebelum ini, pengguna boleh memilih sama ada untuk membayar setiap minggu ataupun setiap bulan. Namun, perlu diingatkan terdapat faedah 2.08% yang perlu ditanggung sekiranya pengguna berhasrat untuk membeli telefon pintar melalui Courts FlexiCredit.


    Untuk maklumat lanjut berkenaan cawangan Celcom yang menawarkan pelan ini, sila layari laman rasmi Celcom di sini.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain