• Final Fantasy Agito bakal hadir di dalam Android dan iOS secara percuma


    13 September 2013 - Buat peminat setia siri Final Fantasy daripada Square Enix, anda pasti akan gembira apabila mereka baru sahaja mengumumkan kehadiran permainan Final Fantasy Agito untuk pengguna Android dan iOS tidak lama lagi. Final Fantasy Agito yang juga dikenali sebagai Final Fantasy Type-0 sebenarnya merupakan sebuah permainan yang direka untuk pengguna Sony Play Station Portable (PSP) 2 tahun yang lalu.


    Apa yang menjadikan ia menjadi lebih menarik adalah pihak Suare Enix telah mengumumkan Final Fantasy Agito bakal boleh dimuat turun secara percuma oleh pengguna Android dan iOS. Menurut Hajime Tabata, penerbit permainan berkenaan, mereka sememangnya sudah mereka permainan berkenaan untuk disesuaikan untuk peranti mudah alih. Mereka juga turut menjanjikan akan tiada sebarang pembelian dalam permainan yang akan diperkenalkan untuk Final Fantasy Agito bagi memastikan pemain dapat menghabiskan permainan tanpa perlu mengeluarkan sebarang wang.



    Walau bagaimanapun, masih lagi tiada sebarang tarikh rasmi untuk pelancaran Final Fantasy Agito versi Android dan iOS. Jangkaan awal menyatakan ia bakal diperkenalkan ketika majlis Tokyo Game Show pada bulan Disember.


    Sumber informasi : Slashgear
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain