• Gambar iPhone 5C di dalam kotak kini tersebar


    3 September 2013 - Nampaknya bukan sekadar gambar iPhone 5C yang telah tersebar di Internet. Kini gambar yang menunjukkan iPhone 5C di dalam kotak juga telah mula disebarkan oleh sebuah laman web dari China, iApps.im. Sudah pasti gambar-gambar ini bakal membangkitkan keterujaan peminat kepada produk daripada Apple kerana telefon mampu milik ini dijangka akan diperkenalkan secara rasmi dalam masa seminggu dari sekarang (10 September). Apple juga dijangka akan memperkenalkan iPhone 5S pada tarikh yang sama dan akan mula menjual telefon-telefon terbaru ini seawal 20 September 2013.





  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain