• Google Play Books sedia digunakan oleh pengguna di Malaysia

    Drexar21

    30 September 2013 - Buat mereka yang gemar membaca buku melalui tablet mahupun telefon pintar, anda pasti akan menyukai berita kehadiran Google Play Books untuk pengguna di Malaysia. Google Play Books membolehkan pengguna memuat turun buku-buku secara dalam talian dan membelinya secara sah. Buat masa ini, pembelian hanya boleh dibuat melalui Google Play Store - kad kredit Amex, Visa, Mastercard dan Discover. Matawang yang digunakan adalah dalam Ringgit Malaysia.

    Drexar21

    Google Play Books boleh digunakan oleh pengguna iOS, Android serta pelayar web di komputer seperti Chrome. Terdapat beberapa buku yang ditawarkan secara percuma dan ada juga yang diberikan diskaun yang menarik perhatian. Tajuk-tajuk buku yang dijual pula kelihatan amat meluas di mana ia menggabungkan buku lama dan baru. Pesaing kepada iBooks (Apple) dan Kindle (Amazon) dijangka akan memeriahkan lagi pembelian barangan digital di Malaysia di samping mendidik pengguna untuk membeli barangan digital secara sah.



  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain