• HTC One pula bakal hadir dengan warna keemasan


    13 September 2013 - Beberapa gambar HTC One dalam warna keemasan kini telah mula kelihatan dari laman-laman blog di Internet. Ini merupakan variasi warna kelima bagi HTC One sejak ia diperkenalkan. Nampaknya warna keemasan kian menjadi popular sejak akhir-akhir ini terutama setelah Apple memperkenalkan iPhone 5S. Buat masa ini, HTC One boleh didapati dalam warna hitam, putih, merah dan biru. Berdasarkan rekod, Nokia juga pernah menjual beberapa telefon pintar dalam variasi warna keemasan melalui siri Asha. Mungkinkah Samsung juga akan mengikuti trend masa kini untuk menggunakan warna keemasan bagi telefon pintar mereka di masa hadapan?


    Sumber informasi : Phandroid
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain