• Idea dan konsep di sebalik #DoMoreLah

    22 September 2013 - Terdapat sebuah iklan di televisyen yang menampilkan beberapa karektor animasi 3D dalam bentuk gajet sejak akhir-akhir ini. Ia sebenarnya merupakan sebuah inisiatif daripada Digital Malaysia iaitu salah sebuah badan kerajaan di bawah Multimedia Development Corporation Sdn Bhd (MDEC). Kempen yang diberi nama #DoMoreLah ini cuba mempertingkatkan kadar pengeluaran produk dan idea dalam bentuk digital di kalangan rakyat Malaysia.
    Pengguna Internet dan kadar penembusan penggunaan gajet di Malaysia semakin meningkat dari hari ke hari namun bilangan yang menyumbang kepada dunia digital adalah kurang. Melalui inisiatif #DoMoreLah, ia cuba mengajak pengguna bukan sekadar menggunakan Internet sahaja namun memberikan sumbangan dalam pelbagai bentuk ke dunia digital seperti jualan dalam talian, pembangunan aplikasi mudah alih, penulisan blog dan banyak lagi.
    Sebagai contoh, sebuah perniagaan tudung di luar bandar boleh dimajukan dengan pantas sekiranya pemiliknya menggunakan promosi di laman web dan laman sosial. Interaksi antara penjual dan pembeli boleh dilakukan di alam maya dan penghantaran boleh dibuat melalui Pos Laju.
    Kesannya, Malaysia bakal menjadi sebuah negara yang maju di dalam dunia ekonomi digital setanding dengan negara-negara maju seperti Korea dan Jepun.

    Laman rasmi Digital Malaysia
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain