• ION Glasses - Kaca mata pintar untuk pengguna iOS dan Android

    30 September 2013 - ION Glasses merupakan sebuah projek komuniti yang cuba membantu pengguna untuk mengetahui notifikasi pada telefon pintar tanpa perlu melihat pada skrin telefon berkenaan. Ia adalah seumpama sistem notifikasi yang terdapat pada jam tangan pintar yang terdapat di pasaran, namun diubahkan reka bentuknya kepada sebuah kaca mata.

    Projek yang diketuai oleh Santiago Ambit dan Ricardo Urlas ini bukanlah satu pesaing kepada Google Glass kerana ia tidak membolehkan pengguna untuk melihat mesej, gambar mahupun video pada kaca mata berkenaan. Fungsi utamanya adalah sebagai pemberi notifikasi untuk sebarang kehadiran mesej sepertiSMS, panggilan, dan kalendar yang terbaru. Ia amat bersuaian ketika pengguna di dalam situasi yang tidak membolehkan mereka melihat telefon pintar seperti di dalam mesyuarat mahupun perpustakaan. Pengguna akan diberi notifikasi melalui sebuah lampu LED yang diletakkan pada bahagian sisi kaca mata berkenaan. Warna lampu LED ini boleh diubahsuai mengikut citarasa pengguna menjadikan hanya pengguna berkenaan sahaja yang mengetahui maksud warna yang dihasilkan.

    Selain daripada itu, ION Glasses juga membolehkan pengguna mengawal telefon pintar dari jarak jauh untuk menangkap gambar, membuat navigasi pada lagu, menukar slide Powerpoint/Keynote dan banyak lagi. Walaupun kaca mata pintar ini tidak memiliki sebarang sistem kamera mahupun rakaman audio, namun konsep minimal yang cuba diperkenalkan mungkin akan menarik perhatian pengguna yang tidak beberapa menyukai konsep pada Google Glass. Menariknya ION Glasses boleh dihubungkan pada telefon dan tablet berasaskan Android mahupun iOS melalui sambungan Bluetooth 4.0. Baterinya boleh bertahan selama 3 hingga 10 hari bergantung pada penggunaan dan boleh dicas melalui kabel microUSB.

    Buat masa ini, projek komuniti ini telah berjaya menarik minat lebih daripada 119 orang penyumbang daripada seluruh dunia dengan pengutan berjumlah USD10,158. ION Glasses didatangkan dengan pakej yang pelbagai untuk mereka yang menyumbang iaitu:

    • ION Glasses Frame - USD79
    • Green Sun ION Glasses - USD99
    • Blue Mirror ION Glasses - USD99
    • Sun Crystal ION Glasses - USD109

    Sumber informasi : ION Glasses (Indiegogo)

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain