• iOS 7.0 kini sedia dimuat turun oleh pengguna iPhone, iPad dan iPod Touch


    19 September 2013 - Buat pengguna peranti mudah alih Apple, anda kini sudah boleh memuat turun sistem operasi terkini iOS 7.0 secara terus daripada peranti anda bermula hari ini. Kemaskini yang sangat dinanti-nantikan ini boleh dilakukan secara terus melalui OTA (Over The Air) ataupun sambungan kepada iTunes pada komputer anda. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan tidak semua peranti mudah alih Apple yang akan menerima kemaskini iOS 7.0 berkenaan. Berikut adalah senarai peranti yang boleh dikemaskini kepada iOS 7.0:
    • iPhone 5S, iPhone 5C, iPhone 5, iPhone 4S, dan iPhone 4
    • iPad 2, iPad 3, iPad 4 dan iPad Mini
    • iPod Touch 5
    Seperti yang telah diketahui umum, iOS 7.0 membawakan perubahan pada reka bentuk grafik pada sistem operasi iOS di mana ia lebih vektor, mendatar dan berwarna-warni. Terdapat beberapa keistimewaan baru yang diperkenalkan seperti Control Centre, dan AirDrop. Kebanyakkan aplikasi yang sedia ada juga telah ditambahbaik seperti Notification Centre, Multitasking, Camera, Photos, Safari dan App Store.


    Bagi yang ingin mengemaskini kepada iOS 7.0, anda disarankan untuk membuat salinan sandaran data-data yang terdapat di dalam peranti Apple anda termasuk gambar, mp3, dan buku alamat. Selain daripada itu, adalah baik sekiranya anda dapat membuang aplikasi-aplikasi yang tidak digunakan di dalam iOS yang sedia ada bagi menjimatkan ruang storan di dalam peranti.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain