• Kemaskini pertama setelah iOS 7.0 diperkenalkan

    27 September 2013 - Setelah hampir kebanyakkan pengguna iOS 6 di seluruh dunia mula menerima kemaskini iOS 7.0 pada 19 September yang lalu, terdapat beberapa laporan yang mengatakan sistem keselamatan (Lock Screen) pada sistem operasi berkenaan, tidak selamat dan amat mudah digodam. Apple memandang serius perkara ini dan lantas memperkenalkan kemaskini pertama iOS 7.0 secepat mungkin. Pengguna iPhone, iPad dan iPod Touch kini sudah boleh mendapatkan kemaskini iOS 7.0.2 melalui OTA mahupun aplikasi iTunes pada Windows mahupun Mac.

    Kemaskini terbaru ini telah memperbaiki sistem keselamatan (Lock Screen) dan memperkenalkan papan kekunci Greek untuk memasukkan kata laluan (passcode). Kepada yang belum mengemaskini, anda boleh pergi bahagian Settings>General>Software Updates untuk memulakannya.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain