• Kemunculan 'Cincin Perak' pada iPhone 5S


    7 September 2013 - Jika sebelum ini kita telah pun melihat kotak iPhone 5C tersebar di Internet, kini giliran iPhone 5S pula. Secara keseluruhan kotak iPhone 5S ini menunjukkan rekaan iPhone yang hampir sama dengan iPhone 5 yang menggunakan iOS 7 terbaru. Walau bagaimanapun, kemunculan sebuah 'Cincin Perak' pada butang Home iPhone berkenaan telah menarik perhatian banyak pihak. Apakah rahsia disebalik cincin berwarna perak ini?

    Berdasarkan beberapa andaian daripada banyak pihak, mereka mengesyaki 'Cincin Perak' ini merupakan teknologi pengesan cap jari yang banyak diperkatakan sebelum ini. Apple telah mengambil alih AuthenTec iaitu sebuah syarikat yang membina teknologi biometrik untuk diasimilasikan pada peranti terbaru mereka ini. Seperti yang diketahui umum, Apple akan mengumumkan peranti terbaru ketika acara rasmi mereka pada 10 September ini.

    Sumber informasi : The Verge
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain