• Laman permulaan Google Chrome dikemaskini


    25 September 2013 - Google telah memperkenalkan antara muka baru untuk laman permulaan Google Chrome dengan penambahan kotak carian dan Google Doodle. Bagi memastikan pengguna mendapat kemaskini ini, mereka perlulah menjadikan laman Google sebagai laman carian utama pada Google Chrome. Secara keseluruhan, kemaskini ini memudahkan pengguna untuk membuat carian dengan pantas di samping pergi ke laman yang paling selalu dilawati dengan mudah.

    Capaian kepada aplikasi-aplikasi di dalam Google Chrome juga telah disusun semula di mana ia diletakkan pada bahagian atas kiri pelayar berkenaan. Ada yang tidak berpuas hati dengan penyusunan terbaru ini kerana ia agak sukar dicapai. Adakah anda sudah menerima kemaskini Google Chrome ini? Apakah pendapat anda tentang penyusunan semula antara muka Google Chrome ini?

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain