• Laman web Telekom Malaysia Berhad (TM) kini berwajah baru


    22 September 2013 - Telekom Malaysia Berhad (TM) kini telah pun menukar wajah laman web rasmi mereka ke reka bentuk terbaru yang tampak lebih sesuai dengan perubahan masa kini. Kelihatan laman ini lebih memaparkan promosi-promosi terkini daripada TM di samping beberapa penambahan baru yang diperkenalkan. Antara pembaharuan yang dibuat adalah bahagian TM Social Hub di mana ia menampilkan ke semua akaun media sosial yang dimiliki oleh TM termasuk Team Malaysia, TMCorp, Everyone Connects dan banyak lagi.


    Agak menarik sekali apabila terdapat sebuah pautan bernama TM Shop di dalam laman berkenaan kerana ia menampilkan jualan secara dalam talian. Terdapat beberapa produk yang boleh dibeli melalui laman ini termasuklah aksesori gajet. Selain itu, informasi berkenaan produk TM (UniFi dan Streamyx) dan pembelian juga masih dikekalkan seperti biasa. Apakah komen anda tentang wajah baru laman web TM?



    Laman web rasmi Telekom Malaysia Berhad (TM)
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain