• Lazada kini menjual iPhone 5C pada harga RM2,199


    26 September 2013 - Selain daripada Groupon, Lazada juga tidak mahu ketinggalan untuk menjadi antara yang pertama menjual iPhone 5C kepada pengguna di Malaysia. Pada laman beli-belah popular berkenaan, mereka menawarkan iPhone 5C pada harga RM2,199 seunit. Terdapat lima pilihan warna yang boleh dipilih iaitu putih, hijau, merah jambu, kuning dan juga biru. Semuanya tetap dijual pada harga yang sama. Pembeli boleh membeli iPhone berkenaan secara dalam talian dan membayar melalui kad kredit (Visa, Mastercard), online debit (Alliance Bank, Ambank, CIMB, Maybank, Hong Leong, RHB), PayPal mahupun pembayaran sewaktu penghantaran. iPhone 5C akan dijangka tiba seawal 3 hingga 5 hari selepas pembayaran telah dibuat.


    Berikut adalah pautan kepada iPhone 5C yang dijual di Lazada:
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain