• Lensa optik tambahan untuk pengguna iPhone dan Android


    5 September 2013 - Tidak mengikuti jejak langkah Samsung mahupun Nokia, Sony telah memperkenalkan cara baru untuk memastikan pengguna berjaya menangkap gambar yang cantik dan menawan secara terus daripada telefon pintar mereka. Melalui produk terbaru mereka iaitu Sony DSC-QX100 dan QX10, pengguna tidak perlu membeli sebuah telefon pintar baru kerana lensa Sony ini boleh digunakan pada telefon Android mahupun iPhone.


    Kedua-dua lensa optik tambahan ini tidak mempunyai sebarang paparan LCD atau butang kawalan tambahan. Ia boleh digunakan bersama telefon pintar pengguna melalui aplikasi Sony PlayMemories Mobile yang terdapat pada iOS dan Android. Lensa-lensa berkebolehan untuk membuat zoom secara optikal di samping menyimpan gambar di dalam kad microSD atau Memory Stick. Sekiranya lensa ini telah disambungkan pada telefon, pengguna boleh menyimpannya secara terus ke dalam storan telefon.



    Q10 kelihatan lebih pendek berbanding Q100 kerana ia dibina khas untuk jurugambar baru. Ia memiliki zoom optikal 10x dengan lensa kamera 18.2 megapiksel di samping kawalan manual yang terhad. Q100 pula dihasilkan khas buat jurugambar yang professional di mana ia memiliki lensa kamera 20.2 megapiksel dengan kawalan sepenuhnya pada aperture, shutter, pendedahan cahaya dan banyak lagi. Q10 dan Q100 masing-masing bakal dijual pada harga USD249 dan USD499 bermula penghujung bulan ini.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain