• Microsoft membeli keseluruhan peranti dan perkhidmatan Nokia


    3 September 2013 - Microsoft dan Nokia hari ini telah mengumumkan bahawa kedua-dua lembaga pengarah syarikat berkenaan telah bersetuju untuk mengadakan sebuah transaksi bagi membolehkan Microsoft membeli kesemua bisnes peranti dan perkhidmatan Nokia, lesen paten untuk Nokia serta penggunaan sistem pemetaannya sekali. Transaksi ini bakal mencecah sehingga EUR5.44 Billion.

    Ketua Pegawai Eksekutif Nokia, Stephen Elop pula bakal meninggalkan jawatannya sebagai Presiden Nokia dan mengambil alih jawatan Naib Presiden Eksekutif peranti dan perkhidmatan Nokia.


    Melalui transaksi dan gabungan antara Microsoft dan Nokia ini, mereka akan cuba menaikkan kadar pertumbuhan Windows Phone di samping menaikkan keuntungan daripadanya. Transaksi ini juga dikatakan mampu membantu Nokia dalam mengukuhkan posisi kewangan mereka dan menjamin masa depannya untuk terus berada di dalam dunia bisnes.

    Sumber informasi : MyNokiaBlog

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain