• Nismo - Jam tangan pintar daripada Nissan


    9 September 2013 - Selain daripada Sony dan Samsung, sebuah lagi syarikat telah memperkenalkan jam tangan pintar. Ia bukanlah dari sebuah syarikat telefon pintar, namun ia dihasilkan oleh Nissan sebuah syarikat yang sememangnya sudah terkenal dengan penghasilan kereta. Tidak seperti jam tangan pintar yang lain, Nissan Nismo direka khas buat pemandu kereta 370Z, Juke dan juga GT-R.


    Ia boleh dihubungkan pada kereta Nissan berkenaan melalui sambungan Bluetooth rendah kuasa untuk mendapatkan informasi telemetri daripada kereta termasuklah kelajuan, kadar kecekapan, dan juga penggunaan minyak. Pada masa yang sama, jam ini turut menunjukkan masa, dan memantau denyutan nadi pengguna. Menariknya baterinya mampu bertahan selama 7 hari di samping boleh dicas menggunakan wayar mikroUSB.


    Menurut Nissan lagi, mereka kini sedang mencari peluang untuk membuat penambahbaikan pada teknologi jam tangan ini termasuk elektrokardiogram, electroencephalogram dan pemeriksaan suhu kulit.

    Sumber infomasi : CNET
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain