• Nokia HERE bakal diintegrasikan secara terus ke dalam kereta


    10 September 2013 - Nokia telah memperkenalkan beberapa siri aplikasi HERE yang boleh diimplementasikan oleh semua pengeluar kereta pada masa kini. Aplikasi HERE ini bakal membantu para pemandu untuk sampai ke destinasi yang dituju dengan menggunakan GPS dan sistem pemetaan yang ada pada Nokia Maps. Apa yang menjadikan Nokia HERE ini berbeza berbanding sistem integrasi GPS kenderaan yang sedia ada adalah ia menawarkan sokongan sepenuhnya untuk pengguna termasuk memberikan beberapa informasi tambahan seperti suhu di dalam dan di luar kenderaan, jarak perjalanan yang tinggal sebelum kereta kehabisan minyak dan jumlah jarak perjalanan yang telah dipandu.

    Fungsi Nokia HERE untuk kenderaan terbahagi kepada tiga iaitu:
    • HERE Auto - Ia dikatakan mampu memberikan hala tujuan perjalana yang paling tepat walaupun tanpa sambungan Internet selain menyokong penggunaan peta 2D dan 3D di hampir 95 buah negara.
    • HERE Auto Cloud - mampu memberikan informasi berkaitan jalan-jalan yang mengalami kesesakan di samping membantu pemandu mencari jalan alternatif.
    • HERE Auto Companion - membenarkan pemandu untuk menggunakan aplikasi HERE walaupun selepas mereka meninggalkan kenderaan mereka. Berkemungkinan besar akan boleh dimuat turun pada telefon pintar pemandu.

    Nokia telah cuba untuk membuka lembaran baru di dunia teknologi di saat syarikat teknologi lain sedang berlumba-lumba mencipta gajet yang boleh dipakai pada badan pengguna. Dengan teknologi pemetaan Nokia yang sedia ada, sudah pasti HERE bakal menarik perhatian banyak pengeluar kereta. Mungkinkah kita bakal melihat syarikat automobil nasional tempatan menggunakan Nokia HERE di masa akan datang?

    Sumber informasi : WPCentral
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain