• Nokia Lumia 1020 dijual pada harga RM2,499 bermula 25 September


    20 September 2013 - Nokia Lumia 1020 bakal mula dijual di Malaysia pada 25 September ini bermula pada harga RM2,499. Telefon pintar terbaru daripada Nokia ini sudah diketahui umum dengan kehebatan kameranya yang mampu menangkap gambar setanding dengan sebuah kamera sebenar. Ia menggunakan lensa Carl Zeiss 41 megapiksel selain lengkap dengan flash Xenon. Ramai yang mempersoalkan mengapa harga Nokia Lumia 1020 adalah agak mahal berbanding telefon pintar yang sedia ada di pasaran memandangkan ia masih menggunakan sistem operasi Windows Phone 8. Namun, khas buat pembeli telefon berkenaan di Malaysia, mereka juga akan mendapat sebuah aksesori grip untuk Nokia Lumia 1020 secara percuma. Aksesori ini bernilai RM299 sekiranya dibeli secara berasingan.


    Spesifikasi penuh Nokia Lumia 1020

    Sumber informasi dan gambar : Mobile88
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain