• Oppo N1 dengan kamera boleh pusing 206 darjah

    26 September 2013 - Oppo mungkin bukanlah suatu jenama yang popular di dalam arena pasaran telefon pintar, namun syarikat daripada China ini tidak boleh diperlekehkan begitu sahaja kerana mereka juga berkeupayaan untuk menghasilkan sebuah telefon pintar yang bermutu. Terkini, syarikat berkenaan telah memperkenalkan produk peneraju utama mereka yang diberi nama Oppo N1.

    Ketika dilancarkan di Beijing pada 23 September yang lalu, Oppo memperlihatkan sebuah telefon sebesar 5.9 inci dengan ketebalan 9mm sahaja. Telefon ini boleh dikategorikan sebagai Phablet, menyamai konsep yang diguna pakai oleh Samsung untuk Galaxy Note. Oppo menyedari saiz telefon berkenaan bakal memberi kesan kepada pengalaman pengguna. Oleh itu, mereka telah memperkenalkan konsep O-Touch, di mana sebuah sensor yang diletakkan di bahagian belakang telefon. Sensor ini membolehkan pengguna menangkap gambar dan membuat navigasi ke kiri atau ke kanan tanpa perlu menyentuh skrin di bahagian hadapan.

    Selain daripada itu, Oppo N1 menggunakan sistem operasi Android yang telah diubahsuai bernama ColorOS. Sistem operasi ini kelihatan telah diubahsuai khas untuk pengguna di China kerana kebanyakkan aplikasi seperti Google Maps, dan Youtube tidak boleh digunakan di sana. Buat pengguna di luar negara China, mereka boleh bertukar kepada mod Cynamogen dengan mudah.

    Kamera Oppo N1 juga menjadi perhatian kerana ia dilengkapi dengan sensor 13 megapiksal yang boleh dipusingkan sehingga 206 darjah oleh penggunanya. Ia sangat bersesuaian buat mereka yang gemar menangkap gambar mahupun membuat panggilan video. Oppo N1 dijanakan dengan cip pemprosessan Snapdragon S600 beserta RAM 2GB. Malah baterinya juga agak besar dengan kapasiti 3,610 mAh.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain