• Pengenalan Surface 2 dan Surface Pro 2 akan menaikkan pasaran tablet Microsoft?

    24 September 2013 - Microsoft telah memperkenalkan dua tablet terbaru bagi menerajui produk tablet mereka sebelum ini iaitu Surface 2 dan Surface Pro 2. Surface 2 merupakan sebuah kemaskini kepada tablet Surface RT dengan cip pemprosesan Tegra 4, skrin resolusi 1920 x 1080 dan peningkatan jangka hayat bateri sehingga 25 peratus. Tablet ini kelihatan lebih nipis dan ringan berbanding Surface RT di samping menggunakan port USB 3.0 yang lebih pantas. Menariknya Surface 2 juga didatangkan bersama-sama dengan aplikasi-aplikasi Microsoft Office sepenuhnya termasuklah Outlook.

    Manakala bagi Microsoft Surface Pro 2 pula, lebih mementingkan prestasi dengan dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Haswell yang mampu mempertingkatkan prestasi grafik tablet berkenaan sehingga 50 peratus. Bukan itu sahaja, jangka hayat bateri Surface Pro 2 juga dipertingkatkan sehingga 75 peratus. Tablet ini menggunakan memori dua kali ganda berbanding Surface 2 iaitu sebanyak 8GB.

    Surface 2 bakal dijual bermula pada harga USD449 (RM1,438) dan Surface Pro 2 pada harga USD899 (RM2,847). Microsoft dikatakan cuba menyaingi pasaran produk Apple yang sedia ada iaitu iPad dan MacBook Air. Sebelum ini, tablet pertama Microsoft, Surface RT telah menunjukkan penerimaan yang amat rendah di kalangan para pengguna sehingga mereka terpaksa menurunkan harga jualan. Sayang sekali Microsoft masih belum mengumumkan tarikh sebenar produk ini akan dilancarkan di negara kita.

    Sumber gambar : Techcrunch

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain