• Pengguna Windows Phone 7.5 terima kemaskini Facebook Beta


    2 September 2013 - Seringkali kita mendengar pelbagai kemaskini aplikasi untuk Windows Phone 8 sehinggakan pengguna Windows Phone 7.5 dipinggirkan. Walau bagaimanapun, khas buat pengguna Nokia Lumia 900, 800, 700 dan 600, mereka kini sudah boleh memuat turun aplikasi Facebook Beta seperti yang terdapat pada Windows Phone 8.


    Melalui Facebook Beta yang terbaru, pengguna boleh menggunakan fungsi yang terdapat pada aplikasi Facebook WP8 seperti antaramuka terbaru, slide ke bawah untuk refresh, menghantar gambar di dalam Facebook Chat, meletakkan tag pada rakan-rakan dan banyak lagi. Secara keseluruhan, ramai yang berpuas hati dengan aplikasi terbaru ini dan berharap Facebook akan terus membawakan penambahan di masa akan datang.

    Muat turun Facebook Beta untuk Windows Phone 7.5 dan 8

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain