• Phonebloks: Telefon pintar yang boleh diubahsuai mengikut citarasa


    15 September 2013 - Setiap minggu pasti kita akan mendengar pelancaran telefon-telefon pintar terbaru di pasaran bagi memenuhi permintaan pengguna yang semakin bertambah. Bayangkan sekiranya terdapat sebuah telefon pintar yang boleh diubahsuai mengikut citarasa pengguna, sudah pasti ia akan menjadi sangat menarik.

    Sebuah video daripada Dave Hakkens telah memperkenalkan idea Phonebloks di mana ia adalah sebuah telefon pintar yang menggunakan konsep blok dan spesifikasi dalamannya boleh diubah mengikut kehendak pengguna ketika itu. Ia umpama konsep yang serupa seperti sebuah komputer di mana pengguna boleh memilih bahagian mana yang hendak diubah atau dikemaskini. Pengguna tidak perlu membeli sebuah telefon pintar baru semata-mata untuk menaik taraf kamera telefon pintar berkenaan. Melalui konsep ini, ia akan dapat mengurangkan kadar pembuangan sisa telefon pintar yang tidak digunakan dengan banyak. Malah ia juga menjimatkan untuk para pengguna.


    Persoalannya adakah syarikat pengeluar telefon pintar masa kini akan bersetuju dengan idea sebegini kerana untuk merealisasikannya, mereka perlu mendapat kata sepakat di samping bekerjasama untuk membangunkannya. Layari laman rasmi Phonebloks di sini.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain