• Samsung bakal perkenalkan telefon pintar skrin melengkung pada bulan Oktober


    25 September 2013 - Samsung telah mengumumkan mereka bakal memperkenalkan sebuah telefon pintar yang mempunyai skrin melengkung pada bulan Oktober ini. Tiada sebarang nama mahupun spesifikasi yang telah dikongsikan bersama namun menurut pihak Engadget, telefon berkenaan bakal menggunakan skrin melengkung OLED sahaja dan bukannya versi boleh lentur seperti yang diharapkan pengguna selama ini.

    Sebelum ini juga Samsung dikatakan bakal memperkenalkan jam tangan pintar Galaxy Gear yang menggunakan teknologi skrin boleh lentur, Samsung Youm. Namun, ia ternyata salah kerana jam tangan berkenaan masih menggunakan skrin AMOLED rata berukuran 1.63 inci.

    Pada CES 2013, awal Januari yang lalu, Samsung pernah menunjukkan sebuah video yang memperlihatkan contoh bagaimana Samsung Youm boleh digunakan secara sepenuhnya pada sebuah telefon pintar. Dengan menggunakan skrin mudah lentur berkenaan, pengguna akan boleh menukarkan sebuah telefon pintar kepada sebuah tablet dengan mudah seolah-olah seperti membuka sebuah buku. Adakah Apple juga akan mengeluarkan teknologi sebegini di masa akan datang?


  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain