• Samsung Galaxy Gear bakal dijual pada harga RM999 di Malaysia


    19 September 2013 - DiGi telah pun memulakan sesi tempahan awal untuk Samsung Galaxy Note 3 di laman web mereka bermula 18 September 2013. Berdasarkan maklumat yang diberikan di dalam laman web DiGi, sebuah Samsung Galaxy Note 3 akan dijual pada harga RM2,399 untuk versi 4G LTE. Menariknya, DiGi turut memaparkan harga pasaran bagi seutas Samsung Galaxy Gear iaitu jam tangan pintar pertama daripada Samsung. Samsung Galaxy Gear bakal dijual pada harga RM 999 sahaja.


    Berita baik juga buat mereka yang ingin membuat tempahan awal Samsung Galaxy Note 3 melalui DiGi kerana sekiranya pembeli memilih untuk menggunakan pelan DG SmartPlan 148, mereka akan mendapatkan seutas Samsung Galaxy Gear secara percuma di samping Samsung Galaxy Note 3 yang telah direbat harganya kepada RM1,319. Tawaran ini hanya sah selagi stok masih ada.
    Sekiranya anda berminat, sila layari laman web rasmi DiGi di sini.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain