• Skype tidak lagi dikemaskini di dalam Windows Phone 7


    21 September 2013 - Berita yang kurang menyenangkan buat pengguna yang masih menggunakan Nokia Lumia 800 dan 710 kerana pihak Microsoft telah mengumumkan mereka tidak lagi akan memberikan sebarang kemaskini Skype di masa akan datang kepada pengguna Windows Phone 7. Ia telah diumumkan di dalam blog rasmi Skype semalam. Walau bagaimanapun, aplikasi panggilan video dalam talian berkenaan akan tetap boleh dimuat turun melalui Windows Phone Store dan digunakan dengan fungsi asas Skype yang sedia ada termasuk panggilan video dan permesejan.



    Kelak, Microsoft juga tidak akan memberikan sebarang bantuan teknikal untuk aplikasi Skype di dalam Windows Phone 7. Namun, pengguna tetap boleh meminta pertolongan daripada laman komunti Skype yang sedia ada. Nampaknya sudah sampai masa untuk pengguna Windows Phone 7 beralih kepada Windows Phone 8.

    Sumber informasi : Skype
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain