• Tablet pertama Nokia bakal diberi nama Lumia 2520?


    23 September 2013 - Nokia telah menggunakan sistem operasi Windows Phone sejak tahun 2011, namun syarikat gergasi berkenaan belum lagi mengeluarkan sebarang produk dalam bentuk tablet. Peminat-peminat setia Nokia di seluruh dunia juga mendesak supaya sebuah tablet Lumia diperkenalkan bagi meletakkan nama Nokia kembali di tangga teratas pengeluar gajet elektronik.

    Terkini, sebuah gambar telah pun disebarkan melalui @evleaks yang menunjukkan sebuah tablet berwarna merah daripada Nokia. Khabar angin mengatakan tablet berkenaan bakal diberi nama Nokia Lumia 2520 (kod nama : Sirius). Tablet ini bakal menggunakan sistem operasi Windows RT di samping mempunyai cip pemprosesan Qualcomm empat teras. Skrinnya pula berkemungkinan sebesar 10.1 inci dengan paparan 1080p. 


    Sekiranya berita ini benar, Nokia mungkin akan memperkenalkannya pada 22 Oktober 2013 ketika majlis rasminya. Dianggarkan tablet pertama Nokia ini akan dijual bermula pada harga USD499 (RM1600).
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain