• Tesco UK perkenalkan tablet bernama Hudl


    23 September 2013 - Di United Kingdom, Tesco telah memperkenalkan sebuah tablet Android yang bernama Hudl. Agak pelik jika difikirkan semula kerana Tesco merupakan sebuah syarikat yang terkenal dengan cawangan pasaraya. Mungkin inilah suatu strategi daripada Tesco untuk memberikan peluang kepada pengguna yang ingin memiliki tablet Android dengan harga yang lebih rendah.


    Hudl merupakan sebuah tablet 7 inci dengan skrin beresolusi 1440 x 900 dengan cip pemprosesan empat teras 1.5GHz. Ia memiliki saiz storan dalaman 16GB dan boleh ditambah melalui kad microSD sehingga 48GB. Ia didatangkan dalam empat warna pilihan iaitu hitam, biru, ungu dan juga merah. Tablet daripada Tesco ini menggunakan sistem operasi Android versi Jellybean 4.2.2 yang asas dan dijangka akan dijual bermula 30 September di United Kingdom. Harga jualannya pula bakal bermula pada £119 (RM610).

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain