• Waktu penerimaan kemaskini iOS 7.0 di Malaysia


    18 September 2013 - Ramai pengguna iOS sudah pasti tidak sabar untuk memuat turun sistem operasi iOS 7.0 secepat mungkin. Berdasarkan pengumuman yang dibuat oleh Apple sebelum ini, iOS 7.0 akan dilancarkan pada 18 September 2013 iaitu hari ini. Persoalannya apakah waktu yang tepat untuk kemaskini berkenaan tiba di Malaysia. Berikut adalah senarai waktu kemaskini iOS 7.0 mengikut bandar-bandar di seluruh dunia:


    Berdasarkan senarai di atas, pengguna iOS di Malaysia berkemungkinan akan menerima kemaskini berkenaan pada jam 1 pagi, 19 September 2013 (Khamis). Nampaknya ramai yang akan berjaga pada malam ini bagi menantikan kemaskini dan reka bentuk terbaru sistem operasi mudah alih daripada Apple.

    Sumber informasi : Redmond Pie
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain