• Adakah ini rupa telefon pintar skrin melengkung Samsung?


    9 Oktober 2013 - Akaun Twitter popular, @evleaks telah mendedahkan beberapa buah gambar yang menunjukkan rupa sebuah telefon pintar dengan skrin melengkung daripada Samsung. Ia kelihatan tidak sama seperti yang dijangkakan oleh kebanyakkan pihak kerana ramai yang mengandaikan rupanya bakal mirip kepada telefon pintar yang telah ditunjukkan ketika CES 2013 pada Januari yang lalu.

    Telefon pintar yang bakal menggunakan kod SM-G910S ini bakal mempunyai sokongan LTE di samping mempunyai binaan kulit pada bahagian belakang, sama seperti yang terdapat pada Galaxy Note 3 ketika ini. Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada skrin telefon terbaru ini boleh dilentur oleh pengguna ataupun tidak. Samsung dijangka akan melancarkan telefon pintar skrin melengkung pada bulan ini.


    Sumber informasi dan gambar : Engadget
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain