• Analytics Academy - Pembelajaran Google Analytics di Internet secara percuma


    3 Oktober 2013 - Google Analytics merupakan perkakasan dalam talian yang amat popular dan amat berguna kepada semua pemilik laman web serta blog kerana ia mampu memberikan informasi berkaitan statistik dengan lebih mendalam seperti bilangan pelawat dan jangka masa lawatan. Google Analytics juga adalah percuma untuk digunakan semua pengguna dan sekiranya mereka inginkan fungsi tambahan, mereka boleh beralih kepada Google Analytcis versi Premium.

    Walau bagaimanapun, tidak ramai pengguna yang tahu menggunakan Google Analytics dengan sepenuhnya untuk membantu menaikkan trafik ke laman web mereka dan meningkatkan keuntungan daripada Internet. Oleh kerana itu, Google telah memperkenalkan Analytics Academy bagi mendidik pemilik laman web dan blog di seluruh dunia untuk mengoptimasikan penggunaan Google Analytics.


    Analytics Academy merupakan sebuah kos pembelajaran di Internet yang berasaskan video daripada komuniti. Pengguna akan mempelajari teknik penggunaan Google Analytics yang sebenar dalam masa 3 minggu. Buat masa ini, pendaftaran telah pun dibuka untuk semua dan kelas pertama bakal bermula pada 8 Oktober ini. Jangan lepaskan peluang untuk mempelajari ilmu ini kerana ia adalah percuma buat semua.

    Laman web : Analytics Academy
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain