• [Apps] Ulasan permainan Medieval Defenders


    9 Oktober 2013 - Medieval Defenders merupakan sebuah permainan berasaskan konsep menara pertahanan (tower defense) yang sememangnya amat popular di kalangan para pengguna tablet dan telefon pintar. Ia merupakan sebuah permainan yang dibina khas untuk pengguna iPad, iPhone dan juga iPod Touch. Di dalam permainan ini, pemain perlu membina sebanyak mungkin menara pertahanan bagi menghalang daripada istana mereka ditakluki oleh pihak musuh. Ia menggunakan tema berasaskan zaman pertengahan di Eropah di samping membenarkan pengguna membina menara meriam dan menggunakan magis untuk mempertahankan istana.

    Tidak seperti permainan menara pertahanan yang lain, Medieval Defenders tidak membenarkan pemain meletakkan menara di mana-mana kawasan di dalam peta dengan sesuka hati. Pemain dihadkan meletakkan menara mereka di beberapa kawasan tertentu sahaja. Strategi untuk mempertahankan istana juga perlu difikirkan dengan pantas kerana tentera musuh boleh muncul secara tiba-tiba. Terdapat 40 tahap kesusahan yang boleh dimainkan di samping 12 jenis menara pertahanan yang berlainan untuk dipilih pemain.


    Medieval Defenders sebelum ini dijual pada harga USD0.99, namun baru-baru ini mereka telah membuat promosi khas dengan menjadikan permainan ini PERCUMA untuk semua pengguna Apple. Perlu diingatkan permainan ini turut menawarkan pembelian dari dalam permainan (In-App Purchase) bagi memudahkan pengguna mengatasi sesuatu tahap yang mungkin tidak boleh diselesaikan.

    Butiran aplikasi permainan Medieval Defenders:

    • Nama permainan : Medieval Defenders (iPhone & iPod Touch) / Medieval Defenders HD (iPad)
    • Saiz : 56.1MB
    • Pembina : 8Floor LTD (United Kingdom)
    • Tarikh terakhir dikemaskini : 27 Jun 2013 (versi 1.0.1)
    • Keserasian : iOS 5.0 ke atas (permainan terbaik pada iPhone 5)
    • Markah daripada pengguna : 4.5/5


  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain