• Asus FonePad 7 dilancarkan di Malaysia pada harga RM999


    17 Oktober 2013 - Asus Malaysia telah memperkenalkan FonePad 7 terbaru yang dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Atom Z2560 serta sokongan Internet HSDPA+ 3G dan fungsi telefon sepenuhnya. Tablet yang berukuran 7 inci ini menggunakan Android 4.2 dan disokong dengan paparan IPS (In-Plane Switch) bagi memastikan penghasilan kualiti imej yang lebih jelas berbanding model sebelumnya. Kualiti bunyi pada tablet ini juga dipertingkatkan mutunya melalui penggunaan teknologi audio Asus SonicMaster.


    Berikut adalah spesifikasi penuh bagi tablet Asus FonePad 7:
    • Saiz : 120 x 196.8 x 10.5mm
    • Berat : 340g
    • Saiz skrin : 7 inci
    • Kamera hadapan : 1.2 megapiksel
    • Kamera belakang : 5 megapiksel (autofokus dan 1080 video HD)
    • Bateri : 3950mAh
    • Storan dalaman : 16GB (boleh ditambah dengan microSDHC)
    • Warna : Putih / Hitam
    • Sistem operasi : Android 4.2 Jellybean
    Tablet ini kini boleh dimiliki pada harga RM999 di pengedar Asus yang berhampiran.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain