• Cara untuk melanggan kepada HyppTV (IPTV)


    4 Oktober 2013 - Populariti televisyen berasaskan protokol Internet (IPTV) nampaknya kian meningkat di negara kita terutamanya perkhidmatan HyppTV yang ditawarkan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM). Teknologi IPTV yang digunakan untuk HyppTV membolehkan pengguna untuk menonton televisyen dalam format definisi tinggi (HD) untuk saluran yang terpilih di samping tidak perlu risau sekiranya hujan turun kerana ia tidak akan mengalami gangguan disebabkan cuaca.

    Walau bagaimanapun tidak seperti Astro, cara langganan HyppTV adalah amat berlainan kerana pengguna perlu mengambil bersama pakej Internet daripada TM yang sedia ada iaitu UniFi mahupun Streamyx.


    HyppTV bersama UniFi

    Bagi pengguna yang berada di kawasan UniFi, mereka boleh melanggan kepada mana-mana pakej UniFi VIP5 (5Mbps), VIP10 (10Mbps) dan VIP20 (20Mbps) untuk mendapatkan perkhidmatan HyppTV secara percuma. Setiap pemasangan UniFi akan disertakan bersama dengan pemasangan HyppTV bagi membolehkan pengguna menikmati perkhidmatan Triple Play iaitu telefon, Internet dan televisyen. 


    Pengguna juga akan menerima sebuah Set-Up-Box HyppTV dan sebuah butang kawalan jarak jauh (remote) bagi membolehkan mereka mengawal saluran yang ingin ditonton di samping menyewa filem-filem terkini melalui fungsi Video On Demand. Untuk memastikan pengguna dapat menonton saluran dalam definisi tinggi yang terbaik, pengguna digalakkan menggunakan televisyen berdefiniasi tinggi dengan sokongan kabel HDMI.

    Berikut adalah pilihan pakej UniFi yang boleh dipilih oleh pengguna :


    Pendaftaran Online : UniFi 


    HyppTV bersama Streamyx

    Sekiranya kawasan berkenaan tidak berada di dalam kawasan UniFi, pengguna tetap boleh melanggan HyppTV melalui pakej Streamyx. Namun, hanya Streamyx 8Mbps dan 4Mbps sahaja yang menawarkan perkhidmatan IPTV berkenaan. Berikut adalah pakej Streamyx yang menawarkan HyppTV:


    Untuk pengguna yang masih belum memiliki Streamyx, mereka boleh mendaftar secara dalam talian di laman web TM Shop. Walau bagaimanapun, untuk mereka yang sudah pun melanggan kepada Streamyx 8Mbps dan 4Mbps yang sedia ada, mereka perlu pergi TMpoint yang terdekat untuk mendaftar HyppTV dan mendapatkan Set-Up-Box HyppTV. Sebagai alternatif, pengguna boleh menelefon TM di talian 100. 

    P/S: Khas untuk pengguna Streamyx 4Mbps, mereka perlu mendaftar kepada salah satu pek yang ditawarkan oleh HyppTV iaitu sama ada Mega Pack, Ruby Pack, Platinum Pack atau Sports Pack untuk mendapatkan pemasangan HyppTV.

    Pendaftaran Online : Streamyx


  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain