• Celcom bakal membuat pelancaran iPhone 5S di Sunway Pyramid


    30 Oktober 2013 - Hari ini, Celcom bakal mengadakan sebuah majlis pelancaran rasmi di Blue Cube, Sunway Pyramid bagi memperkenalkan iPhone 5S dan iPhone 5C di Malaysia. Majlis bakal bermula seawal 8 malam ini dan 100 pengguna terawal bakal memenangi hadiah menarik berupa kelongsong (case) telefon, pelindung skrin yang bernilai RM150 serta RM500 hadiah misteri. Dijangkakan ramai yang akan mula beratur seawal tengah hari ini bagi menjadi pengguna Celcom pertama menggunakan iPhone 5S dan iPhone 5C.

    Celcom juga telah menyenaraikan empat pelan utama Celcom First bagi membolehkan pengguna mendapatkan iPhone 5S pada harga yang lebih rendah. Setiap pelan yang diperkenalkan dibezakan dengan kuota data Internet dan harganya. Pengguna boleh memilih sama ada untuk menggunakan Celcom First Prime dengan kuota data Internet 4.05GB (RM98/bulan) sehinggalah Celcom First Elite dengan kuota data Internet 6.2GB (RM238/bulan). Setiap pelan juga menawarkan 1GB data Internet tambahan melalui Celcom WiFi.Terdapat dua tempoh kontrak yang boleh dipilih iaitu 12 bulan ataupun 24 bulan. Dengan kontrak 24 bulan bersama Celcom First Elite, pengguna boleh memiliki sebuah iPhone 5S (16GB) pada harga serendah RM418 sahaja.



    Informasi sepenuhnya akan dikemaskini di laman Celcom seawal jam 5 petang ini khas buat mereka yang berminat untuk mengambil pelan iPhone 5S Celcom. Tiada sebarang informasi berkaitan pelan untuk iPhone 5C buat masa ini.

    Laman rasmi : Celcom
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain