• Dell perkenalkan tablet Android Venue 7 dan Venue 8


    3 Oktober 2013 - Dell yang telah lama menyepi daripada dunia teknologi Android akhirnya telah memperkenalkan dua tablet berasaskan sistem operasi popular berkenaan iaitu Dell Venue 7 (skrin 7 inci) dan Venue 8 (skrin 8 inci). Kedua-dua tablet berkenaan menggunakan cip pemprosesan dwi teras Intel Atom dan disasarkan untuk pengguna yang berpendapatan sederhana. Harga pasaran bagi sebuah Venue 7 adalah USD149.99 (RM479) manakala Venue 8 pada harga USD179.99 (RM575). Kedua-dua tablet ini merupakan usaha Dell untuk menyaingi pasaran Nexus 7 dan iPad Mini yang sedia ada.

    Selain daripada perbezaan pada saiz skrin, Venue 7 memiliki ruang storan dalaman 16GB, manakala Venue 8 boleh didapati dalam dua jenis storan dalaman berbeza iaitu 16GB dan 32GB. Kedua-dua tablet menggunakan Android versi terkini 4.2.2 dan Dell menjanjikan ia bakal boleh dikemaskini kepada versi 4.3 dan 4.4 di masa akan datang. 



    Sumber Informasi : Dell / Android Police
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain