• DiGi memulakan pendaftaran minat untuk iPhone 5S dan iPhone 5C


    10 Oktober 2013 - DiGi telah pun memulakan pendaftaran minat untuk iPhone 5S dan iPhone 5C di laman web mereka pada hari ini. Ia sejajar dengan berita yang diumumkan oleh Apple pada awal pagi tadi berkenaan kemunculan iPhone terbaru di Malaysia seawal 31 Oktober 2013. Bagi iPhone 5S, DiGi menawarkan tiga warna utama iaitu emas, putih dan hitam. Pilihan storan dalaman juga boleh dipilih iaitu sama ada 16GB, 32GB ataupun 64GB. Bagi iPhone 5C pula, DiGi hanya menawarkan warna kuning sahaja berikutan itu adalah warna koperat syarikat berkenaan. Bagi mereka yang berminat, mereka hanya perlu memberikan nama, nombor telefon dan alamat emel untuk dihubungi oleh pihak DiGi di masa akan datang.

    Pendaftaran minat iPhone 5S bersama DiGi
    Pendaftaran minat iPhone 5C bersama DiGi


    Selain daripada DiGi, laman web Celcom turut dikemaskini dengan gambar dan informasi berkaitan iPhone 5S dan iPhone 5C. Walau bagaimanapun, Celcom masih belum membenarkan pengguna untuk mengisikan borang minat buat masa ini. Menariknya, tidak seperti DiGi, Celcom bakal menawarkan iPhone 5C dalam pelbagai warna iaitu hijau, biru, merah jambu, kuning, dan putih.

    Laman rasmi iPhone 5S bersama Celcom
    Laman rasmi iPhone 5C bersama Celcom

    Buat masa ini, pihak Maxis dan U Mobile tidak lagi membuat sebarang pengumuman rasmi berkaitan iPhone terbaru. Kesemua syarikat telekomunikasi juga tidak mendedahkan apakah harga rasmi telefon-telefon berkenaan di Malaysia.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain