• DiGiFASTLINE membolehkan pembeli memotong barisan untuk mendapatkan iPhone 5S dan 5C


    28 Oktober 2013 - Buat peminat Apple, acara beratur beramai-ramai sementara menantikan detik permulaan penjualan iPhone sudah menjadi kebiasaan. Di Malaysia, ada yang sanggup beratur sehingga sehari lebih awal semata-mata demi menjadi pengguan pertama yang berjaya membeli iPhone terbaru. Bersempena dengan kedatangan iPhone 5S dan iPhone 5C di Malaysia, DiGi telah pun memulakan acara beratur ini di alam maya iaitu Internet.

    Pengguna yang berminat kini boleh mendaftar di Facebook DiGi dan berlumba untuk mendapatkan tempat sebagai pembeli yang pertama. 250 pengguna yang mendapat mata tertinggi tidak perlu beratur pada malam pelancaran iPhone berkenaan pada 31 Oktober (12.00 pagi). Untuk mengumpul mata, pengguna perlu mengongsikan seberapa banyak promosi DiGi di laman sosial (Facebook dan Twitter) dengan hashtag #DiGiFASTLINE. Lebih banyak perkongsian yang dibuat, lebih banyak peluang untuk menjadi pengguna pertama memiliki iPhone terbaru ini.



    Kempen ini bermula pada 28 Oktober 2013 dan bakal berakhir pada 30 Oktober 2013 (12.00 pagi). Senarai pemenang akan diumumkan pada jam 12 tengahari hingga 5 petang (30 Oktober) dan iPhone akan mula dijual pada 31 Oktober 2013 (12.00 pagi).

    Maklumat lanjut sila layari laman Facebook DiGi.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain