• G Flex - Telefon skrin melengkung daripada LG


    28 Oktober 2013 - Selain daripada Samsung, LG juga tidak mahu ketinggalan dalam memperkenalkan telefon pintar yang menggunakan skrin melengkung. G Flex merupakan telefon terbaru LG yang mempunyai skrin sesentuh melengkung dengan saiz 6 inci berserta paparan 720p. Teknologi skrin melengkung yang digunakan adalah hasil daripada teknologi LG sendiri dengan nama skrin OLED fleksibal. G Flex dijanakan dengan cip pemprosesan empat teras 2.26GHz Snapdragon 800, RAM 2GB dan bateri berkapasiti 3,500 mAh. Telefon yang berkeberatan sebanyak 177g ini juga mempunyai sensor kamera sebesar 13 megapiksel.

    Telefon terbaru LG ini juga dikatakan memiliki kebolehan yang amat menarik di mana ia mampu sembuh dengan sendiri dalam masa beberapa minit sekiranya bahagian belakangnya dicalarkan. Ia adalah sesuatu yang unik namun masih tidak diketahui sejauh manakah ia mampu sembuh dengan sendiri sekiranya terdapat calar yang lebih dalam. Untuk skrin melengkungnya pula, LG mengatakan ia lebih ergonomik terutamanya ketika menjawab panggilan suara dan video.


  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain