• Harga rasmi iPhone 5S dan iPhone 5C di Malaysia (RM2,399 dan RM1,999)


    23 Oktober 2013
    - Apple Malaysia telah mengemaskini laman web mereka dengan mempamerkan harga rasmi bagi iPhone 5S dan iPhone 5C untuk semua pengguna di Malaysia. Harga terendah bagi sebuah iPhone 5S adalah RM2,399 (16GB) manakala iPhone 5C dijual bermula pada harga RM1,999 (16GB). Pengumuman rasmi harga iPhone-iPhone berkenaan ternyata mengejutkan kerana ramai yang menganggarkan harga yang lebih murah. 

    Untuk iPhone 5S, ia didatangkan dalam 3 saiz storan dalaman yang berbeza iaitu 16GB (RM2,399), 32GB (RM2,749) dan 64GB (RM3,149). iPhone 5C pula didatangkan dalam 2 storan dalaman iaitu 16GB (RM1,999) dan 32GB (RM2,399). Nampaknya harga bagi sebuah iPhone 5C (32GB) adalah sama dengan sebuah iPhone 5S (16GB). 


    Persoalannya adakah pengguna dapat menerima harga iPhone yang ditawarkan oleh Apple ini? Sejauh manakah penerimaannya dan adakah ia bakal mempengaruhi kadar penjualan Apple di Malaysia kelak. Kedua-dua iPhone berkenaan bakal mula dijual di Malaysia pada 31 Oktober ini dan akan ditawarkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi populat tempatan iaitu Maxis, Celcom dan DiGi. Ramai pengguna tidak sabar menantikan harga iPhone yang akan ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi berkenaan kerana ia sudah pasti lebih murah daripada harga pasaran.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain