• HTC One Maxx dengan fungsi biometrik akan dilancarkan minggu depan

    8 Oktober 2013 - Berdasarkan maklumat yang diterima, HTC dijangka bakal melancarkan HTC One Maxx pada minggu hadapan dengan membawakan sokongan biometrik seumpama iPhone 5S. Selain daripada sokongan pengesan cap jari, telefon ini juga dijangka memiliki bunyi BoomSound yang lebih baik daripada model sebelumnya. Ia bakal mempunyai skrin yang lebih besar iaitu sebesar 5.9 inci dengan spesifikasi yang hampir sama seperti model terdahulu. HTC One Maxx dijangka menjadi pesaing hebat untuk Samsung Galaxy Note.

    Tidak pasti bagaimanakah sistem biometrik pada HTC One Maxx bakal digunakan oleh penggunanya, namun apa yang pasti, alat pengesan biometrik berkenaan akan diletakkan di bahagian belakang telefon berkenaan, tidak seperti yang terdapat pada iPhone 5S pada masa kini.

    Persoalannya, adakah pengguna akan menggunakan sistem biometrik di dalam kehidupan seharian mereka? Sejauh manakah keberkesanan sistem keselamatan biometrik daripada HTC kerana Apple sebelum ini pernah dikaitkan dengan masalah biometrik yang dikatakan tidak selamat untuk digunakan.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain