• iMessage kini bermasalah setelah iOS 7.0.2 diperkenalkan


    2 Oktober 2013 - Setelah kemaskini iOS 7.0.2 diperkenalkan untuk menyelesaikan masalah kawalan sekuriti pada sistem operasi berkenaan, iOS terbaru terus menunjukkan masalah buat sebilangan para penggunanya. Terkini, terdapat beberapa pengguna iOS 7.0.2 yang berhadapan dengan masalah untuk menghantar iMessage dengan jayanya. Apabila pengguna cuba menghantar iMessage kepada kenalan, bar status penghantaran akan berhenti pada 3/4 proses sebelum ia sempat dihantar. Pengguna ynag menghadapi masalah sebegini terpaksa menukarkan mod penghantaran iMessage kepada mod SMS ataupun menggunakan aplikasi yang lain seperti Whatsapp, WeChat dan Line.

    Pihak Apple telah memandang serius masalah yang dihadapi segelintar pengguna ini dan berjanji akan menyelesaikannya secepat mungkin. Adakah anda juga sebahagian daripada pengguna iOS 7 yang berhadapan dengan masalah ini?


    Sumber informasi : Mashable
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain