• iPad Air dan iPad Mini Retina Display diperkenalkan secara rasmi


    23 Oktober 2013 - Pada awal pagi tadi juga, Apple telah memperkenalkan dua iPad terbaru iaitu iPad Air dan iPad Mini dengan paparan Retina (Retina Display). Kedua-dua tablet berkenaan sememangnya sudah dijangkakan akan diperkenalkan berikutan banyak khabar angin dan gambar yang telah tersebar sebelum ini. 

    iPad Mini Retina Display

    iPad Mini merupakan salah satu produk yang kian mendapat tempat di hati peminat tablet di seluruh dunia kerana saiznya yang lebih kecil dan selasa dipegang dengan sebelah tangan. Walau bagaimanapun, iPad Mini generasi pertama tidak menggunakan paparan Retina seperti yang terdapat pada sebuah iPad. Oleh kerana permintaan yang tinggi, Apple telah menghasilkan iPad Mini generasi kedua yang menggunakan teknologi paparan Retina bagi menampakkan gambar yang lebih jelas dalam format definisi tinggi. iPad Mini terbaru ini juga mendapat beberapa penambahan terbaru seperti cip pemprosesan A7 (sama seperti iPhone 5S) yang menggunakan tekonologi 64bit, serta sambungan WiFi yang dipertingkatkan sebanyak dua kali ganda. Ia tetap didatangkan dalam 2 warna yang berbeza iaitu hitam dan putih dengan storan dalaman yang boleh dipilih iaitu 16GB, 32GB, 64GB dan 128GB. Pengguna juga boleh mendapatkan iPad Mini Retina Display dengan sambungan LTE dan WiFi.


    iPad Air

    Berlainan pula bagi iPad yang berukuran 9.7 inci kerana ia telah dijenamakan semula menjadi iPad Air. Ia masih menggunakan teknologi paparan Retina namun seperti namanya, ketebalan iPad berkenaan telah dikurangkan sehingga 20% lebih nipis daripada iPad terdahulu. Ia juga 28% lebih ringan. Sama seperti iPad Mini Retina Display, iPad Air menggunakan cip pemprosesan A7 yang terbaru. Selain itu, terdapat juga cip pemprosesan tambahan, M7 yang beroperasi sama seperti iPhone 5S. Penambahan cip pemprosesan ini dijangka akan menambahkan jangka hayat bateri tablet berkenaan. iPad Air boleh didapati dalam 4 storan dalaman berlainan iaitu 16GB, 32GB, 64GB, dan 128GB. Warnanya pula masih kekal dalam hitam dan putih, tidak seperti yang terdapat pada iPhone 5C.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain