• iPhone 5S dan iPhone 5C akan dilancarkan 31 Oktober di Malaysia


    10 Oktober 2013 - Nampaknya jangkaan awal para peminat Apple di Malaysia ternyata meleset apabila pihak Apple Malaysia telah mengumumkan iPhone 5S dan iPhone 5C akan mula dijual pada 31 Oktober ini. Sebelum ini, ramai yang mengatakan iPhone terbaru berkenaan bakal diperkenalkan di Malaysia pada bulan Disember. Berdasarkan syot layar (screenshot) yang diambil daripada laman rasmi Apple Malaysia, ia jelas menunjukkan tarikh 31 Oktober bakal tarikh yang amat dinanti-nantikan oleh peminat Apple di Malaysia.


    Walau bagaimanapun, berdasarkan kenyataan media rasmi yang dikeluarkan oleh ibu pejabat rasmi Apple, iPhone 5S dan iPhone 5C bakal hadir di Malaysia pada 1 November 2013. Antara negara yang termasuk dalam senarai berkenaan adalah Albania, Armenia, Bahrain, Colombia, El Salvador, Guam, Guatemala, India, Macedonia, Mexico, Moldova, Montenegro, Arab Saudi, Turki, UAE dan termasuk Malaysia. Perkara ini membuat pengguna di Malaysia keliru apakah tarikh sebenar pelancaran iPhone 5S dan iPhone 5C. Dijangkakan syarikat-syarikat telekomunikasi di Malaysia, Celcom, Maxis dan DiGi, bakal membuat pengumuman pendaftaran awal melalui Internet tidak lama lagi.


    Sumber informasi : Apple Malaysia / Apple
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain