• Kemaskini Mavericks OS X kini bermula untuk pengguna MacBook, iMac, Mac Pro dan Mac Mini


    23 Oktober 2013 - Awal pagi tadi, Apple telah memperkenalkan sistem operasi baru, Mavericks OS X khas buat pengguna iMac, MacBook, Mac Pro serta Mac mini. Sistem operasi berkenaan merupakan kemaskini ke 10 daripada Apple. Terdapat 200 penambahan terbaru yang telah dibuat termasuk memperkenalkan iBooks® untuk OS X, Maps to the Mac® serta versi terbaru pelayar web Safari. Menurut Craig Federighi, Naib Presiden Kejuruteraan Perisian Apple, Mavericks OS X didatangkan dengan pelbagai aplikasi serta fungsi terbaru di samping memperbaiki prestasi dan jangka hayat bateri sebuah Mac.

    Berikut adalah sebahagian daripada inovasi fungsi terbaru yang diperkenalkan di dalam Mavericks OS X:
    • iBooks - perpustakaan digital yang menyimpan buku-buku yang sudah dibeli.
    • iBooks Store™- pembelian buku-buku digital yang boleh dibeli di dalam mana-mana peranti Apple.
    • Maps - teknologi pemetaan daripada Apple. Sama seperti yang terdapat pada iOS.
    • Calendar - diintegrasikan bersama teknologi pemetaan bagi membolehkan pengguna mengetahui waktu perjalanan ke tempat mesyuarat. Ramalan cuaca juga ditambahkan bersama.
    • Safari - perkongsian pautan yang lebih pantas ke laman sosial seperti Twitter dan LinkedIn.
    • iCloud® Keychain® - menyimpan nama dan kata laluan laman web, nombor kad kredit, dan kata laluan WiFi dalam storan awan supaya lebih mudah untuk diingati.

    Pengguna OS X yang sedia ada kini sudah boleh memuat turun kemaskini terbaru ini di dalam peranti OS X mereka secara percuma. 
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain